hm..lama aku termanggu..entah apa yang perlu kutulis...
tiada...
langsung tiada...
benarkah?
.................
ya Allah..aku tidak suka keadaan ini..
berikanku kekuatan...kurniakanku hidayah dan maghfirahMu...
Friday, September 17, 2010
Monday, May 17, 2010
ATUKKU GURU
sajak ini kuperoleh daripada seorang guru di sekolahku pagi tadi..sungguh kreatif dan sesuai untuk menarik perhatian pelajar..terimalah..
ATUKKU GURU
cucuku, kamu hendak jadi apa bila besar nanti?
atukku, aku ingin menjadi kayu
kalau kamu ingin menjadi kayu,
jadilah kayu golf
dipanggil kayu walaupun besi
diulit jemari vip dan para menteri
tetapi, jangan kamu jadi tunggul kayu..

atukku, aku ingin menjadi pagar
kalau kamu ingin menjadi pagar,
jadilah pagar karan
dipetik suis terus bangun berjalan,
kalau dipegang boleh terus pengsan
tetapi, jangan kamu jadi pagar makan padi..

atukku, aku ingin menjadi mangkuk
kalau kamu ingin menjadi mangkuk,
jadilah mangkuk purba buruan saintis dan ahli arkeologi
bukti kewujudan tamadun manusiawi
tetapi, janganlah kamu jadi magkuk hayun..

atukku, aku ingin menjadi bintang
kalau kamu ingin menjadi bintang,
jadilah bintang dilangit
tidak dapat dibeli dengan wang ringgit
tidak boleh dijolok atau dikait
tetapi, jangan kamu jadi bintang tiga..

atukku, aku ingin menjadi seluar dalam
kalau kamu ingin menjadi seluar dalam,
jadilah seluar dalam superman,
dipakai diluar nampak gentleman..

atukku, aku ingin menjadi guru
kalau kamu ingin menjadi guru,
kamu tidak perlu membeli kayu, pagar, mangkuk, bintang ataupun seluar dalam
tetapi belilah buku
kerana dengan buku,
barulah kamu boleh menjadi guru..

Monday, March 29, 2010
KISAH HARI INI..
entah kenapa tiba-tiba hari ini hati ku terdetik untuk memeinkan jemariku di keyboard ini..
hari ini, perasaanku bercampur baur. sukar untuk ditafsirkan apa maksud sebenarnya..gembirakah? sedihkah? tensionkah? kecewakah? tapi yang pasti, aku terasa sangat letih dengan semua ini..aku bingung..
mungkin sebab aku tiada tempat untuk meluahkan segala apa yang terbeban di benak fikiran ini, cukuplah lembaran maya ini tempat aku berbicara..(berbicara seorang diri)
bermula semalam, aku mula berasa tidak sedap hati.tengah hari yang kelam kabut. petang yang seolah-olah sengaja mencari bencana. dan bila malam melabuhkan tirainya, ribut pun menyapa..
ribut itu..
aku baru ingin menikmati bahagia
aku baru ingin menenangkan jiwaaku baru ingin tersenyum setelah senyum itu kukulum lama..
tapi..
segalanya musnah..
pagi hari ini rutinku seperti biasa
doaku agar mendung segera berarak lalu menampakkan mentari ceria
namun,
mendung itu bertambah suramkelam
saat aku kembali
entahlah..
mungkin syukurku belum cukup
mungkin aku terlalu obses
mungkin aku telah hanyutaku jauh dariNYA
aku benci keadaan aku ini
aku ingin kembali menjadi AKU yang dulu
YA ALLAH..juga saat menjenguk laman seorang teman, airmataku tiba2 bergenang
kuterkenangkan sahabatku yang seorang
juga telah bergelar ibu
hmm..
mungkin namaku sudah tidak wujud dalam kamus hidupnya
dan aku ketandusan sahabat
aku rindu ukhwah sahabat
aku rindu sahabatku itu...
SAHABAT, maafkan aku..
YA ALLH, ampunkan aku..

Tuesday, March 16, 2010
Monday, March 1, 2010
HOBI BARU..
Saya tidak sedar, sejak bila hobi ini bermula.
Saya juga tidak sedar bagaimana hati ini boleh tertarik..
Saya tidak mengenali dia, saya tidak pernah mendengar orang berkata-kata tentang dia. Saya hanya pernah melihat namanya beberapa kali.
Mungkin pelik..'melihat namanya'..Ya, saya hanya melihat namanya tertulis di kulit buku.
Siapakah dia? Wajahnya?Langsung saya tidak kenal..
Tetapi,
Dalam kekaguman, dia telah menarik saya untuk terus membaca tulisannya..
Dalam persoalan, dia telah menarik saya untuk terus mengenalinya..
Dalam keinsafan, dia terus menarik saya untuk terus mendekati jiwanya..
Dalam keterujaan, dia telah menarik saya untuk bersama menyelami buah fikirnya..
Allahu Akbar!
Terima Kasih Allah kerana menunjukkanku jalan!
Terima Kasih Allah kerana membukakanku pintu hati!
Alhamdulillah..
Apa kaitannya dengan tajuk hobi baru?
Hobi baruku, menjenguk blognya..meneliti tulisannya..bersama berfikir tentang fikrahnya..
Setiap hari pasti akan kukunjungi..
Jumpa lagi di esok hari ye!

Sunday, February 14, 2010
FIKRI oh FIKRI
Hari itu, aku melangkah lagi ke tempat itu. Melangkah dengan harapan mereka telah berubah..
Tapi, yang berlaku adalah sebaliknya..mereka tetap begitu.
Apabila aku bertanyakan buku latihan, hampir sepuluh orang pelajar tidak membawanya..dan Fikri salah seorang daripadanya. Kubariskan semua mereka dihadapan kelas. Kecewa. Aku sangat kecewa..Wahai anak muridku sekalian..cikgu kecewa. Ku cubit mereka itu di bahagian perut. Memang geram+kecewa. Mungkin ada ibu bapa mereka yang tidak pernah melakukan sebegitu kepada anak-anak mereka. Salahkah tindakanku? Salahkah didikanku? YA ALLAH, bukakanlah pintu hati mereka....Berikanlah petunjukMu kepadaku...AMIN

Tuesday, February 9, 2010
KERANA SEBATANG PEMBARIS(ep.2)
Sebelum ini kuhidangkan kisah Amirul dan pembaris. Namanya yang sebenar belum kuketahui. Hari ini, aku melangkah dengan satu tujuan, aku mesti tahu namanya yang sebenar. Saat kakiku tiba disitu, mataku liar mencari kelibatnya. Kulihat tempat duduknya kosong. Pantas otakku menduga, "tidak sihatkah dia?" Ahh, misiku nampaknya hari ini tidak berjaya..
Keesokan harinya, aku nampak dia dan seorang kawannya memasuki bilik guru, dan menuju ke meja Kak Ana disebelahku. Kulihat rambutnya berubah fesyen, sudah seperti askar...
Amirul: Cikgu, saya tidak dapat hadir ke latihan rumah sukan petang ini. Saya ingin pergi ke klinik.
K.Ana: kenapa pulak tak bolah datang.
Amirul: saya tak sihat, cikgu. petang ni saya nak pergi ke klinik (terbatuk-batuk)
Saya: (yang tiba-tiba mencelah) Aah akak, semalam dia tak datang sekolah. kawan-kawannya cakap dia demam.
K.Ana: ok, esok bawak surat doktor. siapa nama kamu?(sambil membuka senarai nama)
Amirul: Fikri, cikgu. kelas 1A3
Argh, akhirnya kutahu jua namanya..FIKRI, bukan AMIRUL...(maaf kepada Amirul yang berkaitan:) Ada ka??)

Sunday, February 7, 2010
Dendam Dalam Diam
Dalam manisnya madu
Terselit juga pahit hempedu
Madu manis padamu
Pahitnya sungguh bagi diriku
Suka atau pun tidak
Aku terus memendam rasa
Ingin sekali aku pergi bawa diri
Tapi ke mana arah
Rasanya sudah tak kuasa lagi
Persoalan inilah yang silih berganti
Hidup bahagia bayangan saja
Oh indah hanyalah khabar
Bukan yang sebenar
Dendam di dalam diam
Bagaikan api membakar sekam
Senyum dalam paksaan
Sekadar lindung kedukaan ku
Terselit juga pahit hempedu
Madu manis padamu
Pahitnya sungguh bagi diriku
Suka atau pun tidak
Aku terus memendam rasa
Ingin sekali aku pergi bawa diri
Tapi ke mana arah
Rasanya sudah tak kuasa lagi
Persoalan inilah yang silih berganti
Hidup bahagia bayangan saja
Oh indah hanyalah khabar
Bukan yang sebenar
Dendam di dalam diam
Bagaikan api membakar sekam
Senyum dalam paksaan
Sekadar lindung kedukaan ku
Monday, February 1, 2010
MEMANUSIAKAN MANUSIA
seringkali aku kecewa
lelah sekali
putus asa
turut mengiringi
inilah menu-menu rasa
yang selalu menerjah hati
tatkala kaki melangkah
ke situ
aku sering lelah
dengan gelagat manusia di situ
adakah kerana
manusia itu belum menjadi manusia?
lalu di bahu ini terpikul satu amanah
memanusiakan manusia
kadangkala amarah mengatasi akal
dek nakal manusia yang belum cukup akal
dan telinga menjadi mangsa
akibat tuannya yang tidak mendengar kata
kadangkala sedih mematikan azam
geram melenyapkan tekad
kerana kata sering tidak diendah
arahan dibuat tak kisah
malah
mereka menjual komedi murah
kukuatkan azam
kukentalkan semangat
demi anak bangsa
demi agama dan negara
kutitipkan doa
agar mereka menjadi manusia..
Saturday, January 30, 2010
KERANA SEBATANG PEMBARIS...
Setelah sekian lama tidak menulis, hari ini hatiku seperti memaksa jemariku menaip. Mungkin kerana peristiwa semalam. Semalam, hatiku disapa sayu...tarian jemariku diiringi linangan air mata pilu...
Rutinku setiap hari berjalan seperti biasa. Kesibukan suasana koperasi apabila tiba waktu rehat menjadi 'jamuanku' setiap hari. Sejujurnya aku rimas dengan semua itu..Tapi, kerana peristiwa itu, aku kembali muhasabah diri...
Tersebut alkisah, bilamana seorang anak muridku (maaf aku tidak dapat mengingati namanya) masuk ke koperasi sambil sebelah tangannya memegang tupperware. Daripada sisanya yang masih berbaki, kutahu dia membawa bekal nasi ke sekolah. Biar aku namakan dia Amirul.
Dengan perlahan dia mendekatiku, lantas bertanya,
"pembaris ada tak?"
Aku bertanya semula, "nak yang pendek atau yang panjang?"
Amirul menjawab, "pendek". Salah seorang AJKku yang mendengar perbualan kami segera memaling ke arah rak dan mengambil sebatang pembaris. Dia menyerahkan pembaris itu kepadaku, dan aku meghulurkan pembaris tersebut kepada Amirul.
Kelihatan Amirul seperti kecewa, dan dengan perlahan dia bertanyakan harganya. Aku menjawab, "50 sen".
Saat itu, air muka Amirul yang jernih itu jelas menampakkan kesedihan.
Dia bertanya semula, "yang 20 sen punya tak ada ka?".
Ketika itu, aku dan AJKku berpandangan sesama sendiri. Aku menjawab, "tak ada la, ni ja yang ada..".
Dengan perlahan, Amirul menghulurkan semula pembaris itu kepadaku..dan dengan perlahan, bibirnya bergerak, "hm, xpa la.tak mau la.."
Dalam hatiku terdetik, semalam dia datang membeli pen, pen biru. Dia membeli pen biru yang paling murah dengan wang syiling yang dikeluarkan dari poket seluarnya sambil mengira, cukup atau tidak untuk membayar harga pen yang ingin dibelinya. Kelihatan dia seperti berat hati untuk menyerahkan wangnya itu.
Dan hari ini, dia datang lagi dengan harapan dapat membeli sebatang pembaris. Bila sudah ada pembaris, dapatlah dia menyiapkan kerja rumah yang diberikan dengan lebih kemas. Aku menduga sendiri.
Amirul seorang murid yang baik. Dalam kelas, dia tak banyak bercakap. Patuh arahan guru. Itu yang dapat aku gambarkan tentang Amirul. Wajahnya yang jernih sering mengundang rasa pilu dihatiku. Hatiku selalu tertanya-tanya, adakah dia ada masalah? ayahnya kerja apa? ibunya kerja apa? bagaimana dengan adik-beradiknya yang lain? sungguh aku sayu..kerana sebatang pembaris, dia telah menjentik hatiku disudut yang paling jauh dan dalam. Dia seorang pelajar, ingin belajar seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Ingin belajar dengan selesa dan lengkap peralatannya. Namun, mungkin nasibnya tidak sebaik kanak-kanak lain. Wang dia ada tidak cukup untuk dia memdapatkan sebatang pembaris. Jadi, bagaimanakah nasibnya selepas ini? Adakah dia akan didenda oleh gurunya kerana tidak menyiapkan kerja rumah? Sungguh aku resah memikirkannya..
Kisah Amirul berbeza dengan kisahku. Saat aku diberitakan oleh pihak sekolah bahawa aku dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Koperasi sekolah, aku sedikit tertekan. Tiada pengalaman, bahkan tiada minat. Namun, hari demi hari aku cuba menyesuaikan diri dengan tugasku. Setiap hari mengira dah memegang wang yang agak banyak, aku memegang amanah yang besar. Kadang-kadang aku bertanya kepada diriku sendiri. Ikhlaskah aku? Kenapa aku berasa seperti dipaksa menjalankan amanah ini? Namun semua itu kupendam sendiri, tiada siapa yang tahu. Terima kasih Ustaz yang banyak memberi kata-kata semangat dan tunjuk ajar. Sejuk hatiku bila diberi 'tazkirah' oleh pengurus koperasi yang bergelar Guru Cemerlang itu.
Semalam beberapa ketika selepas Amirul menyapa hatiku, terngiang-ngiang kata-kata Ustaz beberapa bulan lalu...
"kita sebagai guru mesti ada rasa ingin membantu anak muridnya berjaya. ingin membuat kebajikan untuk pelajar-pelajarnya. Koperasi sekolah ditubuhkan salah 1 tujuannya ialah untuk menjaga kebajikan murid-muridnya.."
Jadi, dimanakah aku sebenarnya? Apakah sumbangan aku kepada murid-murid senasib dengan Amirul?Maafkan Cikgu anak-anak muridku sayang..Maafkan saya Ustaz kerana pernah menganggap amanah ini 1 bebanan.. YA ALLAH, AMPUNKAN AKU....
Buat Amirul, cikgu titipkan doa' semoga kau menjadi pelajar yang baik, anak yang soleh, masyarakat yang berguna dan pejuang Islam yang GEMILANG, INSYA ALLAH...

Subscribe to:
Posts (Atom)