Monday, February 1, 2010

MEMANUSIAKAN MANUSIA


seringkali aku kecewa
lelah sekali
putus asa
turut mengiringi
inilah menu-menu rasa
yang selalu menerjah hati
tatkala kaki melangkah
ke situ

aku sering lelah
dengan gelagat manusia di situ
adakah kerana
manusia itu belum menjadi manusia?
lalu di bahu ini terpikul satu amanah
memanusiakan manusia

kadangkala amarah mengatasi akal
dek nakal manusia yang belum cukup akal
dan telinga menjadi mangsa
akibat tuannya yang tidak mendengar kata

kadangkala sedih mematikan azam
geram melenyapkan tekad
kerana kata sering tidak diendah
arahan dibuat tak kisah
malah
mereka menjual komedi murah

kukuatkan azam
kukentalkan semangat
demi anak bangsa
demi agama dan negara
kutitipkan doa
agar mereka menjadi manusia..

No comments:

Post a Comment