Sukar untuk dipercaya. Hari itu, aku sudah menjadi tunang orang. Benarkah? Hmm..persaanku bercampur baur. Bahagia, terharu, takut, bimbang, risau, resah, semuanya sebati di hati..Terasa begitu berat beban yang dipikul bila aku mula menggalas gelaran ini. Mampukah aku?
Ya Rabbi, permudahkanlah...
Kata orang pula, masa bertunang, terlalu banyak dugaannya.. Ketakutan kurasa menelusuri ke jauh di sudut hatiku. Kudoa minta dijauhkan perkara yang buruk dan tak diingini...Sungguh aku takut..Takut melanggar batasanNya. Takut dengan dosa yang xdisedari. Takut diri tidak sempurna dimatanya..
Bahagia?
Sudah tentu aku bahagia..:) Bahagia menjadi tunangnya..semoga dia menjadi pembimbingku ke syurga..! Aku percaya dengan dia..Aku yakin..sepertimana keyakinan itu tidak pernah wujud pada lelaki lain..Alhamdulillah..syukur aku dipertemukan dengan dia....
Ya Rabb! Jika dia benar jodohku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Bimbinglah kami menuju rumahtangga yang penuh mawaddah wa rahmah..
*Nota: baru hari ini keinginanku untuk menulis tiba2 muncul. Aku telah menjadi tunang seseorang pada bulan Mac yang lalu..Alhamdulillah, sudah hampir 7 bulan berlalu..berlalu dengan penuh warna-warni pelangi yang indah, walaupun kadang2 ada awan mendung, tapi aku dan dia berusaha mencari cahaya, kerana kami yakin, mentari kan muncul jua..!
Terima kasih Ya Allah..
Tuesday, October 25, 2011
KEMBALI...
Assalamualaikum..(ditujukan kepada sesiapa sahaja yang membaca, dan beragama Islam)
Sekian lama kutinggalkan taman ini. Kini aku kembali..
Pemergianku yang entah kemana..
aku pergi mencari diriku..
mencari secebis sakinah daripada Sang Khaliq
mencari segenggam kudrat dari Yg Maha Berkuasa
mencari hidup di dunia yang fana
mencari bekal buat iringan ke sana..
Aku ingin..
hiasi taman ini dengan cahayaMU..
Aku ingin berada dekat denganMu..
Aku ingin mendambakan ketaatanku sebagai hambaMu..
Ya Allah...
.............
Terasa seperti terlalu banyak yang ingin kunukil
terlalu banyak yang ingin kutulis
terlalu banyak yang ingin kucoret
hingga aku tak tahu bagaimana memulakannya..
Sekian lama kutinggalkan taman ini. Kini aku kembali..
Pemergianku yang entah kemana..
aku pergi mencari diriku..
mencari secebis sakinah daripada Sang Khaliq
mencari segenggam kudrat dari Yg Maha Berkuasa
mencari hidup di dunia yang fana
mencari bekal buat iringan ke sana..
Aku ingin..
hiasi taman ini dengan cahayaMU..
Aku ingin berada dekat denganMu..
Aku ingin mendambakan ketaatanku sebagai hambaMu..
Ya Allah...
.............
Terasa seperti terlalu banyak yang ingin kunukil
terlalu banyak yang ingin kutulis
terlalu banyak yang ingin kucoret
hingga aku tak tahu bagaimana memulakannya..
Subscribe to:
Posts (Atom)